CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Saturday, June 13, 2009

Shopping Complex

Assalamualaikum.

Telah bermula sekali lagi hari baru. Segala Pujian bagi Tuhan Sekalian Alam kerana masih lagi memberi kita peluang untuk berbakti di dunia-Nya dan memohon taubat atas kesalahan-kesalahan yang lalu dan masa depan sebagai bekalan untuk Hari Akhirat.

Saya meninggalkan halaman rumah bertepatan 8.50am. Menuju ke satu destinasi untuk menuntut ilmu di kota. Perjalanan mengambil masa kira-kira 30minit dari kampung yang dicintai. Dalam perjalanan, sempat kami (yaitu saya, ayah dan umi) melihat satu kejadian accident berhampiran dengan kampung saya. Mungkin antara lori dan kereta kancil. Suasana bercelaru dengan gelagat-gelagat penduduk kampung yang menghampiri kawasan kejadian. Oleh itu, kami tidak dapat serta sama dalam situasi itu kerana kesibukannya. Kerana itu, kami meneruskan perjalanan ke detinasi.

Kelas pengajian bermula jam 9 pagi hingga 11 pagi. 2 jam. Seusai sahaja kelas pengajian ini, saya menuju ke stesen bas Kota Bharu untuk menumpang bas ke satu pusat beli-belah yang dikatakan masyur di Kelantan, yakni KB Mall. Tujuan saya ke sana ialah untuk menghadiri majlis 'Reunion of ex-SKDB batch UPSR 2002'. Majlis ini dirancang dalam masa yang singkat dan mengejut, dan susun atur perjalanan amatlah tidak teratur.

Setibanya saya di KB Mall, saya terus menghantar sms kepada penganjur majlis ini. Dibalasnya dengan menyatakan bahawa sekarang dia dalam perjalanan. Hurm... kata majlis 'start' pukul 11 pagi. skrang dah 12 lebih. Ingatkan saya yang lambat. Rupanya penganjur pun. Manusia manusia. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk ke Muda Osman untuk membeli novel yang berjudul 'IMPIANA II'. Siri sambungan kepada 'IMPIANA' yang pernah diceritakan oleh penulis sebelum ini dalam entri yang lepas.



Beberapa minit kemudian, deringan handphone saya berbunyi. Tertera nama Syarifah. Saya menekan punat hijau. Dan mula berbicara. Katanya, dia sekarang di hadapan kedai Muda Osman. (ketika ini, saya berada di luar kedai setelah selesai membeli novel tersebut). Tanpa berlengah lagi, saya terus bergegas ke tempat yang dinyatakan. Bertemulah dengannya bersama 3 lagi perempuan, juga kawan lama saya. Kami bercakap tentang arah tuju untuk beberapa tika. Selepas itu, dia menjadi ketua diikuti 3 kawan lain dan saya menuju ke tempat pertemuan.

Di tingkat 3 (paras 2 jika dimulai dengan 'Ground Floor'), bertemulah saya dengan kawan-kawan lelaki yang lain. ada 5 termasuk saya. Selepas itu, kami ke 'Food Court' untuk menjamu sedikit selera. Di sana, meja pihak lelaki berada jauh dari pihak wanita. Walaupun, mereka (kaum hawa) mengajak kami untuk makan di meja yang berhampiran, dengan pantas kami menolak tawaran yang agak kurang bernas itu. Oleh itu, kami bersama kaum adam sahaja. Kaum hawa menjamu nasi-nasi dan makanan lain lagi. Tapi, kaum adam hanya minum air milo sahaja. haha.

Kami berborak-borak tentang sahabat-sahabat yang lain. Masing-masing bercerita sedikit sebanyak tentang kehidupan di pusat pengajian. Ye la, dah sekampung, tidak perlu membazir masa bercerita pasal kehidupan kampung. Hehe. Perbincangan dan perbualan mengambil masa hampir 40 hingga 50 minit. Anggaran sahaja.







Kemudian kamera dihulurkan kepada kaum hawa supaya mereka dapat bergambar sesama mereka.





Selepas selesai semuanya, saya mengambil keputusan untuk ke Musolla yang berada di tingkat atas. Saya meminta diri dari kumpulan ini kerana kelihatannya mereka masih ada agenda tersendiri yang masih mahu dilakukan. (mungkin sangkaan saya sahaja) Setibanya saya disana, saya hairan?. Sudah ada yang solat ? Saya menyemak taqwim yang disediakan. Zohor : 1.19 pm. Sekarang baru masuk. Tapi kenapa sudah ada yang dah usai solat ?

Persoalan ini terus dikuburkan dalam minda bila ternampak seorang yang kelihatan seperti 'Sheikh' masuk ke dalam Musolla. Saya bersegera ke tempat wudu' untuk mengejar Jemaah bersama si 'Sheikh' ini. Selesai sudah segalanya, wudu', solat dan doa, saya ke belakang untuk berehat sekejap sebelum pulang.

Datang 2 orang. Membina jemaah yang ke-2 (Jemaah 'Sheikh' tadi dikira jemaah pertama). Seketika kemudian, datang 2 orang lagi. Membina jemaah ke-3 ? Hah ? Kenapa mereka tidak solat bersama jemaah yang dah sedia ada ? kenapa masih mahu membuka jemaah baru ? Pelbagai persoalan bermain di fikiran saya. Kenapa ? Kenapa ini berlaku ? Apa sebab ? Tapi, kelemahan saya menghalang diri ini untuk bertanya kepada imam Jemaah ke-3 apabila mereka usai solat.



Selepas 2 jemaah ini selesai, datang pula beberapa orang. Membuka jemaah baru, jemaah ke-4. Dengan seorang imam (sudah pasti!) dan 4 orang ma'mum. Yang hairannya, kenapa dibuat 2 sof ? kenapa tidak dijadikan satu sof panjang ? Pelbagai soalan baru muncul dalam benak fikiran saya. Dan persoalan-persoalan ini turut terbuku dalam hati kerana kelemahan komunikasi penulis.



Kemudian, datang lagi beberapa insan dan menurut imam ini. Selepas beberapa ketika, saya mengambil keputusan untuk mengangkat kaki meninggal tempat suci ini, menuju ke perhentian bas. Sempat lagi saya ber'message' dengan kawan yang bersama dengan saya dalam majlis tadi. "Salam. xmai solat dulu k ?". Dibalasnya, "Nak balik dah ni.. On the way dh". Erm... Manusia manusia. Diletakkan kepentingan solat di bawah kepentingan peribadi.

Menunggu bas. Hampir 1 jam. Atau lebih. Dalam pada masa itu, saya mengisi masa dengan membaca novel yang baru dibeli tadi, IMPIANA II. Dalam khusyuk pembacaan itu, datang seorang mak cik dan suaminya (mungkin?). Saya bangun dan beri tempat duduk saya untuk wanita yang dah berumur itu. Seketika kemudian, datang teksi dan berhenti di hadapan 2 warga emas tersebut. Mak Cik ini berbicara dengan pemandu teksi. Seketika kemudian, dia kembali duduk dalam keadaan hampa.

Kenapa ? Kerana pemandu itu tidak mahu menumpangkan mereka ke Kampung Sireh padahal pemandu itu ingin menuju ke Wakaf Baru. Apa salahnya menumpangkan warga emas, kan ? (Nota: Kampung Sireh terletak di perjalanan ke Wakaf Baru. Tetapi perlu berputar jauh sedikit la). Saya berbual-bual sekejap dengan wanita ini. Selepas itu, perempuan ini bangun dan berjalan ke destinasi dengan berjalan kaki. Ditinggalnya lelaki ini (mungkin suaminya) bersama beg-beg yang dibawa bersama dari awal.

Saya berbual pula dengan lelaki tersebut. Katanya, dia mahu ke rumah anaknya di kampung tersebut. Saya mengangguk tanda faham yang tidak seberapa. Seketika kemudian, datang lagi beberapa buah teksi. Pak Cik ini bangun untuk menahan teksi tersebut, tapi kereta tersebut terus meluncur laju tanpa mengendahkan pelanggan mereka yang mengharapkan bantuan mereka. Saya dengan teragak-agak cuba membantu pakcik. (Malu adalah kelemahan besar penulis. Memandangkan di perhentian bas terdapat ramai insan. Lebih-lebih lagi, menolong adalah sesuatu yang dianggap pelik oleh masyarakat kini.) Tapi, saya kuatkan semangat untuk membantu pakcik ini. Tapi, mereka masih tidak mahu menumpangkan insan yang memohon belas kasihan ini.


(Tell Me Why-Declan Galbraith)

Beberapa tika kemudian, seorang pemuda bermotorkan 'EGO' datang menghampiri pakcik tersebut. Anaknya ? Atau cucu ? Tidak saya ketahui. Rupa-rupanya, makcik tadi pulang terlebih dahulu untuk memberitahu anak/cucu mereka supaya menjemput bapa/datuk nya. Dari situ, legalah hati saya. Tidak perlu lagi saya risau akan pakcik ini. Pakcik ini dah selamat pergi dan InsyaALLAH selamat tiba di rumahnya. Selepas itu, bas 38 tiba. Saya terus menaikinya untuk pulang.

Di dalam bas, tempat duduk sudah penuh. Oleh itu, saya terpaksa berdiri. Tersentak dengan kehadiran penumpang lain yang baru naik, saya cepat-capat meletakkan beg yang dipegang di atas dashboard bas berhampiran dengan pemandu dan terus ke belakang. Selepas itu, baru saya terperasan, beg saya di hadapan. Haih! Susah ni. Tak bolehlah saya nak mengisi masa lapang saya di atas bas dengan membaca. Apa boleh buat ? Terpaksalah saya menghabiskan waktu dengan mengimbas kembali apa yang berlaku dalam 'Reunion' yang baru sahaja tamat. Sambil itu, sempat juga saya beristighfar. Alhamdulillah.

Setiba di rumah yang dirindui, bersalaman dengan ibu bapa, buat apa yang patut, saya terus ke bilik dan melontarkan badan ini ke atas empukan tilam. Ha... Nikmat sungguh! Kemudian, suasana bertukar menjadi hitam.

----------------------------

Banyak peristiwa yang berlaku dan banyak pengajaran yang dapat saya petik daripada kisah kehidupan saya ini :

1.Pusat Pengajian
Di sini, saya dapat menimba ilmu baru. Sebagai bekalan pada hari mendatang. InsyaALLAH, ilmu ini akan digunakan sebaik mungkin.

2.'Reunion'
'Reunion' pengukuh persahabatan. Kata-kata inilah yang memaksa saya untuk menghadirinya. Setelah sekian lama saya menjadi seorang yang bersifat anti-sosial, saya ingin mengubah hidup kepada yang lebih 'open'. Mendapatkan lebih ramai kawan-kawan yang dapat membantu dalam hidup saya, serta mengeratkan hubungan dengan sahabat handai yang telah dipunyai.
Ada satu kata-kata : "Orang yang lemah ialah mereka yang tidak mampu untuk mencari kawan. Tetapi, mereka yang mensia-siakan kawannya adalah lebih lemah!"

3.Musolla
Melihat gelagat pelbagai ragam manusia yang bergelar Muslim. Ada yang berjemaah, ada yang solat bersendirian. Ada yang pelik-pelik seperti yang dinyatakan sebelum ini. Walau bagaimanapun, tempat ini dapat menenangkan sedikit sebanyak hati dan fikiran saya. Alhamdulillah. Musolla ini meninggikan moral saya untuk terus mencari kekuatan untuk menyoal golongan seperti ini. InsyaALLAH, masa hadapan perasaan takut bercampur malu ini dapat dihindarkan dari diri ini.

4.Perhentian Bas
Membantu mereka yang memerlukan adalah sesuatu perkara yang amat sukar dilakukan. Beramal bukan sesenang bercakap! Tetapi, jika ikhlas dilakukan, insyaALLAH akan memberikan nikmat kepada si pelaku. Ya! Memberi pertolongan kepada pakcik ini, memberi galakkan kepada saya untuk terus berbuat kebaikkan dan menebus segala (dengan izin ALLLAH) kesilapan saya ketika di Musolla. InsyaALLAH.

5.Dalam Bas
Pembaziran masa berleluasa. Membaca adalah lebih baik daripada memandang permandangan di luar bas yang dah sebati pun dengan mata ini. Malangnya, hajat untuk membaca tidak kesampaian oleh sebab yang telah dinyatakan. Keadaan ini memberi peringatan kepada saya supaya lebih berhati-hati pada masa mendatang.

----------------------------

Semoga kisah yang dipaparkan dapat memberi manfaat kepada pembaca dan penulis sendiri. InsyaALLAH. Bersama-samalah kita membina kekuatan diri untuk mencari KEREDAAN ILAHI.


Assalamualaikum.
"Always remember ALLAH"

Monday, June 8, 2009

[ IMPIANA ]

Assalamualaikum...


" Walau apa pun impian anda, kami tunaikan dalam masa tiga bulan sahaja! "

Pembaca budiman,
Tertarik saya untuk berkongsi bersama anda mengenai sebuah novel yang cukup menyayat hati. Novel ini penuh dengan suspen dan debaran. Olahan ceritanya amat menarik walaupun gaya bahasa yang digunakan agak 'simple', yakni tidak ada banyak bunga-bunga bahasa. Penulis menyampaikan sesuatu maklumat directly. Walau bagaimanapun, tahniah kepada Ain Maisarah kerana dapat menghasilkan novel yang bermutu tinggi serta mempunyai banyak pengajaran yang tersurat dan tersirat.

Novel ini dimulai dengan perjumpaan bekas-bekas pelajar SMK Sri Bangsar, atau lebih popular dipanggil dengan 'reunion'. Dalam novel ini, tidak ada watak utama yang khusus. Semua watak kelihatan sama sahaja dari segi kekuatan sebutannya.

Antara bekas pelajar SMK Sri Bangsar ialah Shasha, seorang yang gemuk dan gempang, yang mempunyai berat lebih kurang 92kg. Seterusnya, Linda, seorang guru sekolah rendah yang mempunyai taraf hidup yang sederhana dan mempunyai tunang. Kemudian Nana, seorang yang mempunyai kulit hitam manis tetapi bermasalah dengan keluarga. Watak lelaki pula ialah Fahrin, seorang bekas atlit di SMK Sri Bangsar suatu masa dahulu dan agar diminati ramai. Telah pun berkahwin dengan Farah, juga bekas pelajar sekolah yang sama.

Watak antagonis pula ialah Mimi Monira. Seorang yang dahulunya amat gemuk sehingga digelar sebagai Mimi Badak Air ketika di sekolah dahulu dan sering diejek dan dihina oleh pelajar-pelajar SMK Sri Bangsar terutamanya kumpulan The Wannababes yang dipunyai oleh 7 pelajar perempuan yang cantik-cantik dan kaya-raya, yaitu Shasha, Linda, Nana dan 4lagi kawan mereka. Tetapi Mimi sekarang bertukar menjadi seorang yang mempunyai bentuk badan yang amat langsing sehingga dia digelar sebagai Mimi Pinggang Kerengga.

Kisahnya bermula dengan pertemuan bekas-bekas pelajar SMK Sri Bangsar di sebuah hotel. Di sana, mereka berkenalan-kenalan antara satu sama lain setelah 10tahun berlalu. Kehadiran Mimi Monira yang ramping amat mengejutkan semua yang hadir. Ramai yang bertanya akan perubahan yang berlaku pada Mimi, terutamanya Shasha.

Dari situ, Mimi memperkenalkan sebuah syarikat yang telah membantu dia dalam proses pelangsingan badannya, iaitu Syarikat Impiana. Mimi mengatakan syarikat ini mampu merealisasikan apa sahaja impian yang dihajati dalam masa 3 bulan sahaja.

Pulang daripada majlis itu, Shasha terus menerokai internet dan mencari laman web Syarikat Impiana yang telah diberikan oleh Mimi. Shasha syok dengan penerangan Mimi dan menjadi lebih tertarik bila membaca segala info dalam laman web tersebut. Shasha tanpa berlengah lagi, dia terus mendaftar namanya untuk merealisasikan impiannya, iaitu menurunkan berat badannya dari 92kg ke 50kg.


~ Segala Impian anda akan tercapai... Walau dengan apa jua cara sekalipun! ~

Diringkaskan cerita, Linda turut mendaftar untuk mendapatkan aset bernilai rm1 juta. Nana berdaftar untuk menjadi lebih cantik daripada kakaknya, Zana yang dikatakan mempunyai rupa wajah yang perfect. Fahrin, seorang perokok tegar, berdaftar untuk tidak merokok selamanya atas permintaan isterinya, Farah.

Semasa dalam proses perubahan ini, Shasha, Linda dan Nana telah terkeluar dari batas syariat. Bila mana mereka merasakan Impiana akan mampu merialisasikan impian mereka sehinggakan mereka lupa pada Tuhan yang Satu.

Walau bagaimanapun, setiap impian yang hendak dicapai akan ada ujian yang perlu ditempuhi sebagai balasan kepada impian yang dikejar/dicari. Ya! Begitu juga mereka. Impiana akan melakukan apa sahaja supaya impian pelanggan mereka tercapai.

Dipendekkan cerita,
Shasha terpaksa meringkuk dalam penjara selama sebulan setengah dan terpaksa melakukan exercise yang berat pada tempoh yang baki. Dan ayahnya menjadi taruhan jika dia tidak dapat melakukan kerja yang diberikan oleh Impiana pada masa yang ditetapkan.

Linda pula kehilangan kedua ibubapanya serta tunangnya dan juga kedua matanya sebagai pampasan kepada insuran yang bernilai rm1 juta.

Nana pula memiliki kulit kuning langsat tapi pada masa yang sama, kakaknya, Zana menjadi gila apabila dia tidak dapat menerima hakikat mukanya hancur akibat rancangan jahat Syarikat Impiana.

Fahrin pula dijadikan gila oleh Impiana dan kemudiannya dia dimasukkan ke Hospital Gila untuk selamanya kerana disitulah satu-satu tempat dimana dia tidak akan merokok untuk selama-lamanya.

Keempat-empat mereka menderita selepas 3bulan yang dijanjikan oleh Impiana. Shasha, Linda dan Nana segera ke rumah Mimi Monira untuk mohon penjelasan. Maka Mimi dengan kasarnya menjawab, "Ini sebagai dendam yang telah lama aku pendamkan semenjak kamu semua menghina dan mengejek aku ketika di sekolah sehingga aku dimalukan oleh semua pelajar dan sehingga aku dikeluarkan dari sekolah!"
Mimi Monira menyambung, "Inilah balasan bagi orang yang tidak tahu bersyukur. Tuhan telah memberikan pada mereka nikmat-nikmatNya, tetapi, mereka masih mahukan yang lebih!"
Sebelum Mimi meninggalkan mereka dalam kekeliruan dan penyesalan, dia mengatakan seorang lagi kawan mereka, Pa'ie juga baru sahaja mendaftar dengan Syarikat Impiana seminggu yang lalu. Impiannya ialah mahu menjadi popular sama seperti Mawi.

-Tamat-

Akan bersambung di IMPIANA 2.
(buku novel bahagian 2 belum lagi kupunya. Nanti belilah...hoho)
*p/s untuk mengetahui kisah ini sepenuhnya ? Belilah dan bacalah buku ini...^^

--------------------------

Pengajaran yang boleh dipetik :

1. Sentiasalah BerSYUKUR pada nikmat-nikmat yang telah diberikan oleh ALLAH.

2. Berpuas hati dengan apa yang dimiliki.

3. Jangan suka membuli dan menganiyai orang yang lemah.

4. Jauhi daripada sifat DENDAM.

5. Bantulah kawan yang dalam kesusahan.

--------------------------

Assalamualaikum...
"Always remember ALLAH"